Wednesday, January 25, 2012

Gangsterism (Intro)

Pengenalan
Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan golongan remaja.  Antara contoh-contoh masalah sosial yang dimaksudkan ialah seperti lari dari rumah, merokok, penyalahgunaan dadah, gengsterisme, pembuangan bayi dan sebagainya. Masalah ini amat membimbangkan dan perlu ditangani dengan secara berkesan dan segera.  Bagi menangani masalah ini, pihak sekolah melalui Jabatan Bahasa Melayu/Sastera dan Jabatan Melayu Islam Beraja Sekolah Menengah Sufri Bolkiah, Tutong mengambil inisiatif untuk mengadakan program ini yang diharapkan akan dapat mencapai objektif seperti yang dihasratkan. 
 

Tujuan Program
(i)    Untuk mendedahkan kepada ibu bapa  tentang masalah-masalah sosial yang berlaku di kalangan remaja dan jika melanggar undang-undang boleh menerima hukuman penjara.
 

(ii)    Untuk memberi  kesedaran kepada ibu bapa pelajar tentang peranan dan tanggungjawab mereka dalam menangani masalah sosial di kalangan remaja masa kini; dan
 

(iii)    Untuk memberi peluang kepada ibu bapa pelajar bagi sama-sama bertukar-tukar fikiran dan pendapat serta berkongsi pengalaman masing-masing dalam menangani masalah sosial di kalangan remaja.

Tarikh, Hari, Masa dan Tempat Program
Tarikh      :    26hb. Januari, 2012
Hari         :    Khamis
Masa       :    2.30 – 4.00 petang
Tempat    :    Dewan Serbaguna SM Sufri Bolkiah, Tutong

Aktiviti Program
-     Ceramah
-     Sesi Soal Jawab
-     Pameran





No comments:

Post a Comment