Wednesday, November 2, 2011

PROGRAM “OUTREACH” SEKOLAH ANJURAN JABATAN UGAMA SMSBT



FARDHU KIFAYAH (PENGURUSAN JENAZAH)
Pendahuluan

Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja. Ia merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam yakni apabila sudah dikerjakan oleh sebahagian dari orang Islam yang lain, maka yang lainnya tidak berdosa, akan tetapi apabila tidak seorang pun yang mengerjakan kewajipan tersebut, maka semua orang Islam dalam satu kampung atau kawasan tersebut akan berdosa. Dengan adanya sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu. 

Namun dalam keadaan sekarang ini, ramai di kalangan kita tidak tahu cara-cara menguruskan jenazah dan hanya menyerahkan sepenuhnya kepada imam-imam, pengapai-pengapai atau generasi yang lebih tua  untuk melaksanakannya. Bayangkanlah suatu hari nanti ayah atau ibu kita meninggal dunia. Tergamakkah kita membiarkan orang lain menguruskannya sedangkan diri kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu. 


Dengan adanya penyebaran ilmu mengenai pengurusan jenazah ini dapatlah nanti diaplikasikan dan membantu para imam dan pengapai dalam melaksanakan pengurusan jenazah terutama kepada saudara mara atau keluarga kita yang meninggal dunia.

Objektif

1.      Mengeratkan silaturrahim antara warga sekolah dengan para ibu bapa pelajar.
2.      Menyebarkan dan mengongsikan ilmu kepada warga sekolah dan para ibu bapa pelajar.
3.      Menambahkan keimanan kita kepada Allah serta mendalami ilmu agama dengan lebih sempurna.

Sasaran

Kumpulan sasaran ialah pelajar Tahun 8, guru dan ibu bapa.

No comments:

Post a Comment