School 'Outreach' Programme adalah program yang telah dititahkan oleh KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam. Setiap sekolah hendaklah mengimplementasikannya dan dijadikan program yang berterusan disemua sekolah di Negara Brunei Darussalam
Monday, November 14, 2011
Wednesday, November 2, 2011
PROGRAM “OUTREACH” SEKOLAH ANJURAN JABATAN UGAMA SMSBT
FARDHU KIFAYAH (PENGURUSAN JENAZAH)
Pendahuluan
Menguruskan jenazah adalah merupakan
perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja. Ia merupakan fardhu
kifayah ke atas umat Islam yakni apabila sudah dikerjakan oleh sebahagian dari
orang Islam yang lain, maka yang lainnya tidak berdosa, akan tetapi apabila
tidak seorang pun yang mengerjakan kewajipan tersebut, maka semua orang Islam
dalam satu kampung atau kawasan tersebut akan berdosa. Dengan adanya sebahagian
umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu.
Namun dalam keadaan sekarang ini, ramai di
kalangan kita tidak tahu cara-cara menguruskan jenazah dan hanya menyerahkan
sepenuhnya kepada imam-imam, pengapai-pengapai atau generasi yang lebih
tua untuk melaksanakannya. Bayangkanlah
suatu hari nanti ayah atau ibu kita meninggal dunia. Tergamakkah kita
membiarkan orang lain menguruskannya sedangkan diri kita hanya melihat tanpa sebarang
ilmu.
Dengan adanya penyebaran ilmu
mengenai pengurusan jenazah ini dapatlah nanti diaplikasikan dan membantu para
imam dan pengapai dalam melaksanakan pengurusan jenazah terutama kepada saudara
mara atau keluarga kita yang meninggal dunia.
Objektif
1. Mengeratkan
silaturrahim antara warga sekolah dengan para ibu bapa pelajar.
2. Menyebarkan dan
mengongsikan ilmu kepada warga sekolah dan para ibu bapa pelajar.
3. Menambahkan
keimanan kita kepada Allah serta mendalami ilmu agama dengan lebih sempurna.
Sasaran
Kumpulan sasaran ialah pelajar Tahun 8, guru dan ibu bapa.
Subscribe to:
Posts (Atom)